Hari ni aku ditimpa masalah dengan Grab Insurance yang mana aku kena update covernote insurance kereta dan jugak authorization letter (sebab aku pakai kereta orang). Problemnya aku dah pun upload balik document yang diperlukan beberapa hari lepas dan boleh lah drive lepas tu. Datang pulak hari ni tak dapat drive balik sebab kena remove. Yang aku hairannya masalah macam ni tak patut berlaku pun sebab dah dua kali kena macam ni. Sepatutnya pihak insuran dengan Grab kena link betul-betul sebabnya masalah ni melibatkan ramai driver dekat Malaysia ni. Dan driver macam aku yang full time memang rasa impact dia. Mencari duit dengan drive JustGrab je untuk tampung hidup seharian. Bagi aku better system macam ni ditingkatkan lagi kualiti dan insurace daily opt in ni pun disediakan dan tak sepatutnya mengganggu aktiviti Grab driver untuk buat job. Bagi driver macam aku (aku taktau driver lain macam mana), kos kereta saje dah telan berapa ringgit sehari. Akhir kata, aku memang kecewa lah dengan servis clerical macam ni.
Check it out »